Permohonan Kebenaran Berkahwin

LANGKAH 1|4 : FAHAMI PROSEDUR DAN PERATURAN PERMOHONAN ATAS TALIAN

Peraturan Am

  • Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.
  • Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  • Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.
  • Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
    • Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
    • Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
    • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
    • Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut :-

    • 1Dua (2) salinan photostat kad pengenalan pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika warganegara Malaysia.
      2Dua (2) salinan photostat passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
      3Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang ASAL dan dua (2) salinan photostat. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri, boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam).
      4Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan SAHAJA) dan dua (2) salinan photostat.
      5Surat Perakuan Perceraian asal dan Dua (2) salinan photostat jika pemohon duda atau janda.
      6Dua (2) salinan photostat Sijil Kematian bagi pasangan duda atau balu dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada).
      7Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon baru memeluk Islam dan dua (2) salinan photostat.
      8Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis dan dua (2) salinan photostat.
      9Borang wakalah wali JIKA perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah dan dua (2) salinan photostat.
      10Salinan Sijil Kematian jika WALI (bapa) meninggal dunia dan dua (2) salinan photostat.
      11Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara dan dua (2) salinan photostat.
      12Dua (2) salinan photostat kad pengenalan dua (2) orang saksi akad nikah (bagi perkahwinan dalam negeri Kelantan sahaja). (BARU)